Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Polis Buru Lelaki Acu Pisau Ugut Bunuh Dua Anak

Published: 14 Apr 2021 2.01 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Tawau, 14 April 2021 - Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-polis-buru-lelaki-acu-pisau-ugut-bunuh-dua-anak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT

Tawau, 14 April 2021 - Rakaman perbuatan seorang lelaki mendera dua anaknya yang masih kecil dengan memijak sambil mengacukan pisau dan mengugut untuk membunuh mereka menjadi tular sejak Selasa.

Berdasarkan video dan gambar yang dimuat naik di laman Facebook OrangKunak, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat menangis kesakitan dan ketakutan, malah suspek dipercayai turut merakam perbuatannya itu sendiri.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Ulu Balung, Tawau, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Tuan Peter Umbuas, ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Sejurus menerima laporan, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke lokasi kejadian namun suspek sudah tiada di premis tersebut. Dia kini dipercayai bersembunyi dengan membawa dua anaknya itu," katanya.

Belau berkata, polis sedang mengesan suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada polis dengan segera.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/…/polis-buru-lelaki-pijak-acu-pi…

Sumber: Astro Awani

Artikel Pilihan Video Tular Polis Buru Lelaki Acu Pisau Ugut Bunuh Dua Anak
ArticlePublished 14 Apr 2021 2.01 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM