Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Menyamar Polis Elak Tertangkap Isu Sewa Rumah

Diterbitkan: 19 Oct 2021 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kajang, 19 Oktober 2021 - Polis menahan lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dipercayai untuk melindungi dirinya dalam perselisihan faham mengenai isu sewa rumah di Taman TTDI Grove, di sini, Sabtu lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-menyamar-polis-elak-tertangkap-isu-sewa-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:01 MYT
Kajang, 19 Oktober 2021 - Polis menahan lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dipercayai untuk melindungi dirinya dalam perselisihan faham mengenai isu sewa rumah di Taman TTDI Grove, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata, suspek berusia 30-an direman tujuh hari sehingga 22 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Menurutnya, pada 2.29 pagi Sabtu, pihaknya menerima maklumat mengenai pertengkaran yang berlaku di kawasan berkenaan berhubung isu sewa rumah.

"Kejadian dapat dileraikan orang awam yang berada di situ dan suspek yang berada di situ mengaku dirinya seorang anggota polis dipercayai untuk melindungi dirinya (daripada diapa-apakan).

"Oleh kerana curiga dengannya, saksi kejadian kemudian menghubungi polis untuk hadir ke lokasi dan melakukan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../menyamar-polis-elak...

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 19 Oct 2021 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM