Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Video Tular Lelaki Ditahan Kes Halang Laluan Jentera Bomba Pada 2019

Diterbitkan: 01 Apr 2021 6.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Johor Bahru, 1 April 2021 - Seorang lelaki ditahan di Taman Munsyi Ibrahim, di sini, semalam, kerana disyaki menghalang laluan jentera bomba dan penyelamat yang sedang menjalankan tugas kecemasan pada 2019.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-lelaki-ditahan-kes-halang-laluan-jentera-bomba-pada-2019
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:21 MYT
Johor Bahru, 1 April 2021 - Seorang lelaki ditahan di Taman Munsyi Ibrahim, di sini, semalam, kerana disyaki menghalang laluan jentera bomba dan penyelamat yang sedang menjalankan tugas kecemasan pada 2019.

Suspek ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, kira-kira jam 9.30 malam, kelmarin.

Ia susulan rakaman video tular dalam laman sosial, Sabtu lalu, menunjukkan suspek disyaki melakukan perbuatan berkenaan dengan memandu kereta jenis Proton Wira ketika itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Tuan Mohd Padzli Mohd Zain, berkata suspek berumur 33 tahun itu bekerja sebagai operator sebuah kilang.

"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Wira milik suspek yang digunakan sebagaimana dilihat dalam video tular itu.

"Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing didapati negatif dan suspek tiada rekod jenayah lampau.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../lelaki-ditahan-kes-halang...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Video Tular Lelaki Ditahan Kes Halang Laluan Jentera Bomba Pada 2019
ArtikelDiterbitkan 01 Apr 2021 6.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM