
Artikel
Artikel Pilihan Video Tular Identiti Lelaki Lolos Diri Sudah Dikenal Pasti
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an terbabit meloloskan diri dengan memasuki semak terletak bersebelahan tempat kejadian.
Pasir Mas, 19 Januari 2022 - Seorang lelaki meloloskan diri selepas berlari lebih 500 meter di jalan raya, ketika mengelak daripada ditahan polis dalam kejadian dekat Kampung Gaung di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, lelaki berusia 20-an terbabit meloloskan diri dengan memasuki semak terletak bersebelahan tempat kejadian.
Kejadian itu membawa kepada penularan satu klip video berdurasi 20 saat menerusi media sosial sejak malam tadi, memaparkan lelaki berkenaan sedang berlari sambil dikejar anggota polis trafik.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Tuan Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata lelaki berkenaan meloloskan diri dalam semak dan gerakan mengesannya sedang dijalankan kerana identitinya sudah dikenal pasti.
Katanya, sebelum kejadian itu, anggota polis trafik membuat penugasan pemeriksaan mengejut di lokasi sebelum menahan sebuah kereta Proton Persona dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang.
"Ketika ditahan, pada mulanya ketiga-tiga suspek berusia 21 hingga 37 tahun itu memberi kerjasama, tetapi selepas diarahkan ke bahu jalan, kenderaan terbabit terus memecut laju, manakala seorang lagi suspek melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
"Bagaimanapun, seorang suspek berusia 37 tahun berjaya ditahan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan berikut: https://www.bharian.com.my/.../identiti-lelaki-lolos-diri...