Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Ejek Mengejek Sebelum Dibelasah

Published: 14 Jul 2021 1.00 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 14 Julai 2021 - Ejek-mengejek dalam pertengkaran dipercayai punca seorang buruh dibelasah beberapa individu dalam kejadian di Kubang Kerian, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-ejek-mengejek-sebelum-dibelasah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:00 MYT
Kota Bharu, 14 Julai 2021 - Ejek-mengejek dalam pertengkaran dipercayai punca seorang buruh dibelasah beberapa individu dalam kejadian di Kubang Kerian, semalam.

Dalam kejadian 5 petang, lelaki berusia 30 tahun sedang berjalan dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sebelum dihampiri kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Pasir Tumboh, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Tuan Abdul Rahim Daud berkata, pemandu lelaki yang menaiki kenderaan itu bersama tiga wanita membunyikan hon kerana mendakwa mengenali mangsa lalu berhenti di situ.

"Kejadian dikatakan bermula apabila pemandu lelaki itu dikatakan membunyikan hon sebelum memberhentikan kenderaannya.

"Dari sini berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara kedua belah pihak dan kenderaan itu juga ditendang oleh mangsa seperti dirakam video yang tular berkenaan," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Tuan Abdul Rahim berkata, mangsa mendakwa dipukul oleh suspek dan beberapa individu tidak dikenali termasuk seorang wanita menyebabkannya bengkak dan lebam di bahagian muka serta badan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan saksi serta mereka yang terbabit sedang dijalankan.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian kerana satu pihak lagi belum tampil membuat laporan polis.

"Kami meminta mereka yang menyaksikan serta merakamkan kejadian ini untuk hadir ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../ejek-mengejek-sebelum...

Sumber: Harian Metro

May be an image of one or more people, people standing and outdoors
ArticlePublished 14 Jul 2021 1.00 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM