Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Video Tular Anggota Polis Cedera Ketika Bergelut Dengan Penjenayah Jalani Pembedahan

Published: 24 Jun 2021 2.25 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Balik Pulau, 24 Jun 2021 - Anggota polis yang tercedera selepas bergelut dengan suspek curi lori di Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini, semalam, dilaporkan akan menjalani pembedahan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-video-tular-anggota-polis-cedera-ketika-bergelut-dengan-penjenayah-jalani-pembedahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:16 MYT
Balik Pulau, 24 Jun 2021 - Anggota polis yang tercedera selepas bergelut dengan suspek curi lori di Sungai Tiram, Bayan Lepas, di sini, semalam, dilaporkan akan menjalani pembedahan.

Pembedahan dilakukan di Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi merawat kecederaan di tangan kanannya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan mendapati suspek yang berusia 31 tahun itu mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod curi kenderaan.

Beliau berkata, ujian saringan air kencing suspek didapati negatif daripada pengambilan dadah.

"Suspek yang mengalami kecederaan turut dirawat di hospital sama.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi.

Superintendan Kamarul Rizal berkata, dalam kejadian pada jam 4 petang itu, anggota polis didatangi pemilik lori yang mendakwa kenderaannya yang diparkir di pasar raya di Bayan Baru, dilarikan seorang lelaki.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../anggota-polis-cedera-jalani...
Sumber: Harian Metro
ArticlePublished 24 Jun 2021 2.25 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM