Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Undang Undang Terperinci Diperlukan Bendung Buli Siber Kpn

Diterbitkan: 13 Jul 2024 8.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-undang-undang-terperinci-diperlukan-bendung-buli-siber-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT
Kuala Lumpur, 13 Julai 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerlukan undang-undang yang lebih terperinci untuk membendung masalah buli siber secara berkesan.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pada masa ini PDRM bergantung kepada undang-undang sedia ada untuk menangani kes buli siber.

"Bagi kes buli siber ini jika ianya melibatkan peras ugut dan ugutan, polis akan melakukan siasatan di bawah Kanun Keseksaan.

"Dalam konteks mengeluarkan kata-kata penghinaan berbentuk kecaman dan ayat-ayat jelik pula, ianya akan disiasat di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tan Sri Razarudin berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Komunikasi, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, bagi membincangkan keperluan undang-undang khusus mengenai buli siber.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../undang-undang...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Jul 2024 8.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM