Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Umur Masih Panjang

Published: 17 Feb 2020 3.17 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Kinabalu, 17 Februari 2020 - Seorang anggota polis trafik terselamat meskipun dirempuh sebuah kereta hingga terpelanting ketika sedang mengawal lalu lintas di Bulatan Masjid Negeri, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-umur-masih-panjang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:14 MYT

Kota Kinabalu, 17 Februari 2020 - Seorang anggota polis trafik terselamat meskipun dirempuh sebuah kereta hingga terpelanting ketika sedang mengawal lalu lintas di Bulatan Masjid Negeri, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.40 pagi itu, anggota trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Kota Kinabalu sedang berdiri di sisi motosikalnya berdekatan bulatan itu sebelum dirempuh sebuah Perodua Alza.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kereta terbabit dipandu seorang wanita berusia 32 tahun dari arah Tanjung Aru menuju ke Kepayan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, Perodua Alza berkenaan dikatakan mahu keluar dari bulatan menuju ke terowong Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Ketika memandu di lorong paling kanan, sebuah kereta Inokom Hyundai dipandu lelaki 37 tahun masuk ke dalam bulatan dari arah kiri jalan lalu melanggar bahagian sebelah kiri Perodua Alza itu.

“Akibat perlanggaran itu, pemandu Perodua Alza hilang kawalan lalu meluncur ke hadapan dan terlanggar anggota trafik bersama motosikalnya,” katanya.

Habibi berkata, anggota polis trafik berusia 50 tahun dan pemandu Perodua Alza tidak cedera hanya mengalami kerosakan pada kenderaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam rakaman video yang tular di media sosial itu menunjukkan anggota trafik terbabit terus bangun manakala pemandu kereta Perodua Alza keluar daripada kenderaan sebelum dibantu orang awam.

Sumber: Harian Metro

https://bit.ly/38Bpegn

ArticlePublished 17 Feb 2020 3.17 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM