
Majlis Penutup Seminar Keselamatan Bola Sepak Fam Pdrm Tahun 2020
Cheras, 18 Februari 2020 - Seminar Keselamatan Bola Sepak anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tahun 2020 telah melabuhkan tirainya patang tadi.
Seminar sehari yang berlangsung di Maktab PDRM Kuala Lumpur itu dihadiri oleh peserta yang mewakili persatuan bola sepak negeri dan kelab yang bertanding dalam Liga Malaysia 2020, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam serta Ketua Trafik peringkat kontinjen, ketua-ketua polis dan bomba di peringkat daerah.
Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam PDRM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, CP Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Dato' Azisman Alias, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato’ Arjunaidi Mohamed, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato' Tan Chong Jin dan Setiausaha Agung FAM, Tuan Stuart Ramalingam.