Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tukang Urut Ditahan Gara Gara Kapsyen Harap Rumah Pm Dibom

Published: 28 Aug 2023 11.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2023 - Seorang tukang urut ditahan di Bedong, Kedah, semalam selepas memuat naik hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tukang-urut-ditahan-gara-gara-kapsyen-harap-rumah-pm-dibom
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:12 MYT
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2023 - Seorang tukang urut ditahan di Bedong, Kedah, semalam selepas memuat naik hantaran berbaur ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki menggunakan nama melalui akaun Facebook 'JoeJebat Tajudin' itu ditahan pada jam 2.30 petang di Taman Desa Budiman, Bedong oleh sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam perkongsian itu suspek memuat naik kapsyen berbaur ugutan dengan mengharapkan rumah Perdana Menteri diletupkan.

"Dalam kapsyen itu, Joe Jebat menyatakan ayat 'Memang sempoi kalau letupan macam itu kt rumah PMX yang menzalimi para pencarum KWSP.
"Mudah-mudahan Allah SWT akan caput nyawa PMX dalam masa terdekat ini.. Amin," katanya semasa membacakan ucapan hantaran itu dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../tukang-urut-ditahan-gara...

Sumber: Berita Harian

ArticlePublished 28 Aug 2023 11.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM