Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tuduhan Polis Kejam Tidak Adil Kpn

Diterbitkan: 17 Mar 2021 3.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Mac 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyifatkan perbuatan melontarkan pelbagai tuduhan liar terhadap polis sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pasukan itu dilakukan oleh individu yang sengaja ingin 'popular'.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tuduhan-polis-kejam-tidak-adil-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:09 MYT
Kuala Lumpur, 17 Mac 2021 - Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador menyifatkan perbuatan melontarkan pelbagai tuduhan liar terhadap polis sehingga menimbulkan persepsi negatif terhadap pasukan itu dilakukan oleh individu yang sengaja ingin 'popular'.

Menurutnya, anggapan seperti 'polis kejam' kerana mengenakan tindakan tegas termasuk kompaun adalah tidak wajar kerana setiap tindakan dilakukan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dalam usaha untuk memutuskan rantaian pandemik COVID-19.

"Orang ambil kesempatan, ada yang nak popular, lontar pelbagai tuduhan liar kemudian sembunyi tangan. Contohnya macam kes di Lahad Datu kononnya polis tangkap ramai pengemis di sana.

"Sebenarnya warga Pala'u ini mengemis beramai-ramai hampir di setiap lampu isyarat di sana, jadi polis pergi tangkap, lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang virus sedang menular. Di Sabah sekarang kes sudah menurun tinggal 35 dan kami hendak turunkan lagi.

"Sehubungan itu polis kena ambil tindakan untuk elak mereka berkeliaran, mereka mungkin dijangkiti. Jadi kami tangkap, namun yang keluar dalam berita mengatakan polis kenakan tindakan kompaun RM10,000.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../tuduhan-polis-kejam-tidak...

Sumber: Abdul Hamid Bador dan Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2021 3.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM