
Artikel
Artikel Pilihan Tpm Dato Sri Hj Fadillah Hj Yusof Hadiri Rumah Terbuka Pdrm
Kuala Lumpur, 9 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof hari ini meluangkan masa menghadir...
Kuala Lumpur, 9 Mei 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Hj. Fadillah Yusof hari ini meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur (KL) di sini.
Majlis yang menerima kedatangan tetamu sejak 12 tengah hari itu, dihadiri Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Digital, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Belia dan Sukan, Puan Hannah Yeoh dan Ketua Pesuruhjaya Jabatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato' Sri Haji Azam Baki.
Dato' Sri Hj. Fadillah turut meluangkan masa menyantuni tetamu yang hadir dan meninggalkan majlis itu pada 1.47 tengah hari.
Majlis berkenaan dihadiri lebih 2,000 pengunjung terdiri daripada warga PDRM pelbagai kaum dan agama.