Artikel
Artikel Pilihan Tinggalkan Kerjaya Jurutera Demi Minat Jadi Polis
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Minat dan mahukan cabaran mendorong seorang jurutera untuk sertai pasukan uniform, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kuala Lumpur, 17 November 2023 - Minat dan mahukan cabaran mendorong seorang jurutera untuk sertai pasukan uniform, Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Inspektor Khairul Anwar Khalid, 26, yang dinobat sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan dalam Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih Siri 1/2023 berkata, dia dilahirkan dalam keluarga yang berkhidmat dalam polis.
Menceritakan lanjut, ujar anak ketiga daripada empat beradik itu, dia berkhidmat sebagai jurutera selama dua tahun di Bangsar, Kuala Lumpur.
Kata pemuda berusia 26 tahun dengan kelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknikal Melaka, dia sama sekali tidak menyesal meninggalkan bidang kejuruteraan untuk sertai PDRM.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,