Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tiga Pakej Haji Babit 47 Warga Emas Jsjk Terima Tiga Laporan

Published: 15 Jun 2025 6.21 AM Updated: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan penipuan pakej haji sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiga-pakej-haji-babit-47-warga-emas-jsjk-terima-tiga-laporan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuala Lumpur, 15 Jun 2025 – Polis Diraja Malaysia mengesahkan menerima tiga laporan berkaitan penipuan pakej haji sekumpulan warga emas yang didakwa dikurung dan dipaksa meredah laluan berbahaya di Arab Saudi.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, tiga laporan polis itu dibuat oleh ahli keluarga jemaah yang berada di Malaysia.

Tiga laporan polis itu dibuat masing-masing dua di Mantin, Negeri Sembilan dan satu di Ayer Hitam, Johor.

"Perkara itu kini sedang diteliti dengan serius oleh JSJK dan siasatan merangkumi pelbagai elemen. Buat masa ini masih terlalu awal untuk menyatakan wujud unsur penipuan rentas sempadan.

"Keterangan dan bukti sedang dikumpul berkenaan kemungkinan sindiket tersebut bekerjasama dengan ejen tertentu atau pun tidak.

"Pihak kami menunggu kepulangan semua mangsa untuk dirakam percakapan dan mengambil tindakan selanjutnya," katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../tipu-pakej-haji-babit-47...#

Sumber: Berita Harian

Tipu pakej haji babit 47 warga emas, JSJK terima tiga laporan | Berita Harian


ArticlePublished 15 Jun 2025 6.21 AMUpdated 15 Aug 2026 7.57 PM