Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tiga Fokus Utama Pastikan Pdrm Di Landasan Betul

Diterbitkan: 11 Jan 2023 9.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya sentiasa mengikut tiga fokus utama ditetapkan dalam usaha memastikan pasukan itu sentiasa berada di landasan yang betul.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiga-fokus-utama-pastikan-pdrm-di-landasan-betul
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:31 MYT
Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya sentiasa mengikut tiga fokus utama ditetapkan dalam usaha memastikan pasukan itu sentiasa berada di landasan yang betul.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, berkata beliau terpanggil untuk mengulangi tiga fokus berkenaan, iaitu memperkasakan integriti, memantapkan penyampaian perkhidmatan, serta mendukung dasar dan usaha kerajaan dalam mengekalkan kesejahteraan masyarakat.

Beliau menegaskan, ia perlu dijadikan panduan oleh seluruh warga PDRM dalam memastikan sentiasa berada pada landasan yang betul.

"Sebagai agensi penguat kuasa utama negara, kita adalah cerminan kepada ketegasan dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.

"Dalam hal ini, pemerkasaan integriti perlu menjadi pegangan utama setiap warga PDRM yang dituntut melaksanakan tugas secara profesional berlandaskan undang-undang.

"Integriti juga perlu diperkukuhkan menerusi penerapan amalan 'betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul' di semua sudut dalaman pasukan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../3-fokus-utama-pastikan...

ArtikelDiterbitkan 11 Jan 2023 9.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.24 AM