Artikel
Artikel Pilihan Tiga Fokus Utama Pastikan Pdrm Di Landasan Betul
Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya sentiasa mengikut tiga fokus utama ditetapkan dalam usaha memastikan pasuk...
Kuala Lumpur, 11 Januari 2023 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diingatkan supaya sentiasa mengikut tiga fokus utama ditetapkan dalam usaha memastikan pasukan itu sentiasa berada di landasan yang betul.
Beliau menegaskan, ia perlu dijadikan panduan oleh seluruh warga PDRM dalam memastikan sentiasa berada pada landasan yang betul.
"Sebagai agensi penguat kuasa utama negara, kita adalah cerminan kepada ketegasan dan ketelusan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.
"Dalam hal ini, pemerkasaan integriti perlu menjadi pegangan utama setiap warga PDRM yang dituntut melaksanakan tugas secara profesional berlandaskan undang-undang.
"Integriti juga perlu diperkukuhkan menerusi penerapan amalan 'betulkan yang biasa, dan biasakan yang betul' di semua sudut dalaman pasukan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara di Dataran Kompleks 3, Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sumber: Berita Harian Online