Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tiada Sekatan Di Laluan Berisiko

Diterbitkan: 01 Dec 2023 3.53 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan buat sekatan jalan raya di kawasan berisiko seperti laluan berbukit atau selekoh.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiada-sekatan-di-laluan-berisiko
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:38 MYT
Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan buat sekatan jalan raya di kawasan berisiko seperti laluan berbukit atau selekoh.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah berkata, sekatan di kedua-dua kawasan itu hanya akan dibuat jika berlaku kemalangan.

“Memang sekatan jalan raya tidak dibuat di kawasan berkenaan (selekoh dan bukit) kecuali jika berlaku kes kemalangan di kawasan berkenaan.

“Di kawasan bukit (atau) selekoh itu bukan sekatan jalan raya tetapi lebih kepada mengawal lalu lintas sehingga kes kemalangan itu selesai dan siasatan dibuat,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang bertanyakan prosedur operasi standard (SOP) SJR di kawasan selekoh dan berbukit mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
May be an image of 3 people, car and text
ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2023 3.53 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM