Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tiada Rakyat Malaysia Jadi Askar Upahan Russia

Diterbitkan: 25 Jan 2024 12.11 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mengesan sebarang pembabitan rakyat Malaysia yang didakwa menjadi askar upahan Russia untuk berperang bersama tentera negara itu di wilayah Donetsk timur Ukraine.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiada-rakyat-malaysia-jadi-askar-upahan-russia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT
Kuala Lumpur, 25 Januari 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum mengesan sebarang pembabitan rakyat Malaysia yang didakwa menjadi askar upahan Russia untuk berperang bersama tentera negara itu di wilayah Donetsk timur Ukraine.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata semakan lanjut sudah dibuat oleh Bahagian Cawangan Khas, Bukit Aman dengan rakan sejawat di Eropah, namun tiada maklumat diterima seperti yang dilaporkan media, setakat ini
"Tiada maklumat rakyat kita diupah jadi tentera di mana-mana negara termasuk di Ukraine seperti yang dilaporkan itu," katanya kepada BH, hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan tentera Ukraine mendakwa Russia terus mengupah askar upahan daripada seluruh dunia untuk berperang bagi pihak mereka di Ukraine termasuk askar upahan daripada Malaysia.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Artikel Pilihan Tiada Rakyat Malaysia Jadi Askar Upahan Russia
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2024 12.11 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM