Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Bersama Isteri Teruskan Program Sumbangan Kebajikan Di Kontinjen Pantai Timur

Diterbitkan: 25 Jan 2024 2.18 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen Pahang.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-bersama-isteri-teruskan-program-sumbangan-kebajikan-di-kontinjen-pantai-timur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuantan, 25 Januari 2024 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin hari ini meneruskan program penyampaian sumbangan kebajikan ke kontinjen pantai timur dengan menyantuni anak-anak yatim serta balu warga Polis Kontinjen Pahang.

Kehadiran beliau dan isteri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini, telah disambut oleh Timbalan Ketua Polis Pahang, DCP Dato' Noor Hisam Nordin bersama isteri yang juga Naib Pengerusi PERKEP Pahang, Datin Noormawati Abdul Latip.
Dalam majlis tadi, seramai 30 anak yatim daripada 10 buah keluarga dan 10 orang balu menerima sumbangan berupa wang tunai dan bantuan daripada Voucher MyKasih Foundation.

Kontinjen Pahang merupakan destinasi ke tujuh dilawati oleh Dato' Sri Ayob Khan bersama isteri selepas Kontinjen Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur (KL), Selangor, Kedah dan Perak.

Turut hadir dalam majlis tadi ialah barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pahang.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArtikelDiterbitkan 25 Jan 2024 2.18 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM