Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tiada Peraturan Atau Saman Kepada Individu Tidak Pakai Sarung Tangan Timbalan Kpn

Published: 22 Jan 2021 5.30 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 22 Januari 2021 - Tidak ada individu yang disaman kerana tidak memakai sarung tangan dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 seperti yang tular di media sosial pada Rabu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiada-peraturan-atau-saman-kepada-individu-tidak-pakai-sarung-tangan-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:22 MYT

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Kuala Lumpur, 22 Januari 2021 - Tidak ada individu yang disaman kerana tidak memakai sarung tangan dalam penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan wabak COVID-19 seperti yang tular di media sosial pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, setakat ini juga tidak ada peraturan yang mewajibkan pemakaian sarung tangan dalam SOP seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menguatkuasakan peraturan seperti yang digariskan dalam SOP MKN.

“Sekiranya ada sebarang kekeliruan timbul bolehlah merujuk kepada Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Malaysia Bukit Aman untuk pengesahan,” katanya kepada Bernama, semalam.

Dato’ Sri Acryl Sani berkata pemakaian sarung tangan tidak wajib tetapi PDRM menggalakkan pemakaiannya bagi membolehkan usaha mencegah pandemik itu dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1924352

Sumber: BERNAMA

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

ArticlePublished 22 Jan 2021 5.30 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM