Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Diterima Setakat Ini Pengarah Jsjk

Published: 26 Jan 2021 2.37 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam ‘Anonymous Malaysia’.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tiada-laporan-laman-sesawang-kerajaan-digodam-diterima-setakat-ini-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:18 MYT

Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam ‘Anonymous Malaysia’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya melalui Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia sentiasa membuat pemantauan bagi memastikan kegiatan seumpama itu dapat dibendung.

Beliau berkata, sekiranya tindakan penggodaman tersebut dilakukan dengan niat untuk mensabotaj sistem keselamatan negara, siasatan akan dilaksanakan mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan penjara sehingga 15 tahun.

“Sekiranya terdapat laporan polis berkenaan kegiatan sebegini (menggodam), siasatan juga boleh dilaksanakan di bawah Seksyen 4 atau Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya”, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1925964

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Diterima Setakat Ini Pengarah Jsjk

ArticlePublished 26 Jan 2021 2.37 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM