
Article
Artikel Pilihan Tiada Ancaman Keselamatan Di Pantai Timur Sabah
Kota Kinabalu, 20 Mac 2022 - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu yang menggugat keselamat...
Kota Kinabalu, 20 Mac 2022 - Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu yang menggugat keselamatan dan kedaulatan di negeri ini.
Komander ESSCOM, DCP Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sentiasa memberi perhatian tentang tahap keselamatan di Sabah terutama sekali semasa isu tuntutan terhadap Sabah hangat diperkatakan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini tiada sebarang ancaman keselamatan yang dihadapi oleh pasukan keselamatan di Sabah.
“Keadaan pada masa ini sangat baik dan terkawal. Penugasan kita macam biasa, dari masa ke semasa kita akan memperkukuh dan pergiatkan kawalan keselamatan di pantai timur Sabah. Tiada isu tentang ancaman,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Mengulas lanjut katanya, sempena pembukaan sempadan negara, kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) akan terus dipertingkatkan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../tiada-ancaman-keselamatan.../
Sumber: Utusan Malaysia