
Artikel
Artikel Pilihan Thaipusam Individu Ingin Terbangkan Dron Perlu Kebenaran Caam Pengarah Jabatan Kdnka
Beliau berkata tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan.
Kuala Lumpur, 17 Januari 2022 - Mana-mana individu yang ingin menerbangkan dron bagi merakam suasana sambutan Thaipusam pada Selasa ini perlu mendapatkan permit daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali.
Beliau berkata tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu yang melanggar peraturan berkenaan.
"Anggota-anggota daripada Pasukan Simpanan Persekutuan turut digerakkan bagi membantu penugasan mengawal keselamatan dan kelancaran sambutan itu yang telah bermula malam tadi," katanya kepada Bernama semalam.
Sementara itu, di Selangor kira-kira 2,000 anggota polis digerakkan bagi memastikan sambutan Thaipusam di dua lokasi utama di negeri berkenaan berjalan lancar.
Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Arjunaidi Mohamed berkata seramai 1,500 anggota ditempatkan di sekitar Batu Caves manakala bakinya di Kuala Selangor.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA