Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Tambahan Rm150 Juta Baiki Infrastruktur Pdrm Dan Jabatan Penjara

Published: 15 Jul 2023 1.20 PM Updated: 15 Aug 2026 8.20 PM
Kulim, 15 Julai 2023 - Kerajaan mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara di seluruh negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tambahan-rm150-juta-baiki-infrastruktur-pdrm-dan-jabatan-penjara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:41 MYT
Kulim, 15 Julai 2023 - Kerajaan mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf infrastruktur di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Penjara di seluruh negara.
Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah itu tambahan kepada peruntukan pembangunan berjumlah RM200 juta yang disalurkan melalui Belanjawan 2023 untuk penyelenggaraan fasiliti kuarters beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan tambahan RM150 juta terbabit dirancang disalurkan tahun hadapan, namun disegerakan selepas melihat sendiri dan menilai laporan mengenai keadaan fasiliti serta infrastruktur terbabit.
Katanya, untuk kerja penyelenggaraan kuaters PDRM termasuk ibu pejabat, beliau meluluskan peruntukan RM50 juta, manakala RM45 juta lagi khusus untuk penambahan dan naik taraf, serta perolehan peralatan 117 pos kawalan Pasukan Gerakan Am (PGA).

"Saya luluskan RM45 juta bagi PGA itu segera dan apabila saya kata segera, maknanya hari Isnin ini wang mesti disalurkan dan saya akan bincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi mempercepatkan projek terbabit.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
ArticlePublished 15 Jul 2023 1.20 PMUpdated 15 Aug 2026 8.20 PM