Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Tambahan 60 Ekor Kuda Bantu Perkasa Kawalan Sempadan Negara Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 27 Mar 2022 12.44 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kota Bharu, 27 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 60 ekor kuda bagi membantu memperkasakan kawalan di kawasan sempadan apabila pintu masuk negara dibuka bermula 1 April ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-tambahan-60-ekor-kuda-bantu-perkasa-kawalan-sempadan-negara-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:34 MYT
Kota Bharu, 27 Mac 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 60 ekor kuda bagi membantu memperkasakan kawalan di kawasan sempadan apabila pintu masuk negara dibuka bermula 1 April ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata, kesemua kuda dari Argentina itu akan dibawa masuk ke Malaysia dalam tempoh terdekat.

"Setakat ini, PDRM mempunyai sebanyak 40 ekor kuda sedia ada di bawah Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi penugasan di seluruh negara dan tambahan kuda ini juga akan ditempatkan di Bukit Kayu Hitam, Kedah dan Padang Besar di Perlis apabila pembukaan sempadan bulan depan.

"Kuda ini akan dilatih untuk pelbagai tugasan seperti melakukan rondaan pencegahan jenayah dan rutin rondaan secara harian menerusi jalan darat untuk membantu pihaknya mengekang kegiatan penyeludupan di sempadan negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Dato’ Sri Hazani berkata dari segi keberkesanan unit berkuda berkenaan, beliau berkata penugasan menerusi unit itu menjadi elemen 'Show Off Force' bagi menambah keyakinan masyarakat dengan menunjukkan kehadiran anggota keselamatan.

"Dari semasa ke semasa kita akan membuat penambahbaikan untuk memperkasakan lagi kawalan sempadan negara termasuk penggunaan unit berkuda ini selain menggunakan kaedah sedia ada seperti penggunaan dron, Unit Anjing Pengesan (K9) dan kerjasama daripada jabatan keselamatan lain," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 27 Mar 2022 12.44 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM