
Artikel
Artikel Pilihan Taktik Pasang Lampu Sudah Tidak Boleh Pakai Polis
Petaling Jaya, 1 Februari 2022 - Penjenayah khususnya ‘kaki pecah rumah’ kini semakin bijak dan sentiasa mencari peluang memecah masuk rumah terutama jika mere...
Petaling Jaya, 1 Februari 2022 - Penjenayah khususnya ‘kaki pecah rumah’ kini semakin bijak dan sentiasa mencari peluang memecah masuk rumah terutama jika mereka tahu pemilik kediaman itu tiada di rumah.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Risikan/Operasi/Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, SAC Tuan S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata, ini termasuk cara pemilik rumah yang memasang lampu di dalam rumah bagi mengaburi mata penjenayah.
“Ada pemilik rumah yang memasang lampu mengaburi mata penjenayah kononnya ada orang di rumah namun penjenayah kini makin bijak, kalau ada orang di rumah, lampu tidak akan dipasang siang-siang hari.
“Jadi seeloknya mereka yang ingin meninggalkan rumah melaporkan ke balai polis berhampiran bagi memudahkan kita melakukan rondaan,” katanya di sini semalam.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../taktik-pasang-lampu-sudah.../
Sumber: Utusan Malaysia