Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Strategi Dato Sri Acryl Sani Tentukan Masa Depan Hala Tuju Pdrm

Published: 09 May 2021 5.01 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 Mei 2021 - Dua jawatan tertinggi agensi penguatkuasaan di negara ini yang menjadi tumpuan umum ialah Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-strategi-dato-sri-acryl-sani-tentukan-masa-depan-hala-tuju-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:24 MYT

Kuala Lumpur, 9 Mei 2021 - Dua jawatan tertinggi agensi penguatkuasaan di negara ini yang menjadi tumpuan umum ialah Ketua Polis Negara (KPN) dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kedua-dua kedudukan yang datang bersama tanggungjawab dan harapan tinggi ini, memberikan tekanan kepada penjawatnya, malah menjadi antara jawatan paling sukar dalam perkhidmatan awam.

Tidak cukup dengan itu, kedua-duanya sering dianggap paling mencabar dan tidak popular, tetapi sangat berkuasa.

IG Dato' Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani secara rasminya dilantik sebagai KPN baharu, Isnin lalu. Beliau menjadi KPN ke-13 selepas mengambil alih jawatan daripada penyandangnya, Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador yang berkhidmat sejak Mei 2019.

Pasukan polis bertanggungjawab menjaga undang-undang dan ketenteraman, menyelamat serta melindungi nyawa dan harta benda kita. Mereka mempertaruhkan nyawa untuk melaksanakan tugas itu demi berkhidmat kepada masyarakat.
Adakalanya, apa yang mereka lakukan kurang mendapat pujian, meskipun melaksanakan tugas itu tanpa mengenal penat lelah.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../strategi-acryl-sani...

Sumber: Berita Harian
ArticlePublished 09 May 2021 5.01 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM