
Article
Artikel Pilihan Stoking Tertera Kalimah Allah Kertas Siasatan Lengkap Polis Tunggu Arahan Agc
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertu...
Kuala Lumpur, 22 Mac 2024 - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes penjualan stoking tertera kalimah Allah, dan menyarankan supaya dibuat pertuduhan terhadap pihak yang berkaitan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato' Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).
“Setakat ini 143 laporan (mengenai kes itu) diterima dan 174 saksi telah diambil keterangan termasuk kakitangan serta pemandu lori kedai serbaneka itu, selain 14 pasang stoking yang tertulis kalimah Allah telah dirampas.
“Kita telah menyarankan untuk tuduhan, namun masih menunggu arahan terakhir dan terkini daripada pihak AGC. Sebaik sahaja terima maklumat, kita akan maklumkan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.