Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Stl Pdrm Defenders Letak Sasaran Layak Ke Pentas Akhir

Diterbitkan: 16 Jun 2023 4.03 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.24 PM
Sumber: malaysiatribune.news
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-stl-pdrm-defenders-letak-sasaran-layak-ke-pentas-akhir
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:51 MYT
 
Kuala Lumpur, 17 Jun 2023 - Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Defenders menyasarkan untuk layak ke pentas akhir Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen 1 musim ini.
Pasukan itu yang diundi dalam Kumpulan B bersama Kelantan Warriors dan Sarawak Hunters bakal diperkuatkan dengan dua tonggak utama, Shaharil Aiman sebagai apit kanan dan Syahmi Hussin selaku tekong.

Menurut Ketua Jurulatih PDRM Defenders, Sarjan Mohd Khalid Alias, sepanjang sembilan tahun beraksi dalam STL, jatuh bangun pasukan itu sudah menjadi lumrah untuk terus kekal bersaing. "Untuk pemilihan pemain kali ini, kita memilih pemain terbaik daripada Kejohanan Ketua Polis Negara yang diadakan setiap tahun. Dengan barisan pemain-pemain ini ia telah menyuntik semangat baharu untuk PDRM Defenders bersaing dalam STL Divisyen 1 kali ini," katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sebagai persediaan bagi menghadapi kejohanan itu, pasukan itu telah menjalani latihan intensif di dewan sepak takraw Pusat Latihan Polis Malaysia selama tiga minggu sebelum saingan ini bermula.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://malaysiatribune.news/.../stl-pdrm-defenders.../

Sumber: malaysiatribune.news

Artikel Pilihan Stl Pdrm Defenders Letak Sasaran Layak Ke Pentas Akhir
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2023 4.03 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.24 PM