
Article
Artikel Pilihan Sop Ketat Pengunjung Bawa Anak Kecik Pengarah Jpjkk
Kuala Lumpur, 19 April 2022 - Pengunjung yang membawa anak kecil ke tempat tumpuan ramai diingatkan untuk mengambil langkah pematuhan prosedur operasi standard...
Kuala Lumpur, 19 April 2022 - Pengunjung yang membawa anak kecil ke tempat tumpuan ramai diingatkan untuk mengambil langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 lebih ketat sebagai langkah pencegahan daripada dijangkiti wabak terbabit.
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), CP Dato' Aidi Ismail berkata, ini adalah perkara yang perlu diberi perhatian.
Menurutnya, pengunjung bazar Ramadan atau tempat kunjungan ramai diingatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terutama mereka yang membawa anak kecil.
"Mereka yang bawa anak kecil ini perlulah mengambil langkah pematuhan SOP yang lebih ketat supaya tidak dijangkiti COVID-19.
"Bagaimanapun, secara keseluruhannya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpuas hati dengan tahap pematuhan yang ditunjukkan oleh orang ramai terutama semasa mengunjungi tempat-tempat seperti pasar basah, pasar raya atau pun bazar Ramadan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sumber: Sinar Harian