Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Sjr Diperketatkan Elak Individu Rentas Negeri Sambut Ramadan

Published: 05 Apr 2021 2.04 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Melaka, 5 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan tiada individu yang mengambil kesempatan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari pertama Ramadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-sjr-diperketatkan-elak-individu-rentas-negeri-sambut-ramadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:06 MYT

#PKP #PKPB #PKPP #COVID-19

Melaka, 5 April 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketatkan lagi pemeriksaan di setiap sekatan jalan raya (SJR) bagi memastikan tiada individu yang mengambil kesempatan merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut hari pertama Ramadan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, CP Dato' Zainal Abidin Kasim berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati cuba untuk merentas negeri bagi tujuan itu dan tindakan undang-undang akan dikenakan tanpa budi bicara.

“Seperti sedia maklum, kebiasaannya umat Islam akan pulang ke kampung halaman untuk meraikan hari pertama Ramadan.

“Saya pasti akan ada individu akan mencuba nasib untuk merentas negeri dengan pelbagai cara dan sekiranya kita dapat kesan individu tersebut, PDRM tidak akan berkompromi,” katanya.

Mengulas lanjut, Dato' Zainal Abidin berkata, setakat ini sebanyak 35 SJR dilaksanakan di seluruh pintu masuk dan keluar serta sempadan negeri dan jumlah itu akan ditingkatkan sekiranya jumlah kes harian Covid-19 meningkat.

Sumber: Kosmo Online

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Artikel Pilihan Sjr Diperketatkan Elak Individu Rentas Negeri Sambut Ramadan
ArticlePublished 05 Apr 2021 2.04 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM