Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Siap Siaga Kekalkan Kemerdekaan Negara Tangkis Ancaman Kpn

Diterbitkan: 19 Aug 2022 6.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru meletakkan diri pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan kekal dengan moto iaitu sedia berkhidmat dalam apa jua situasi, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-siap-siaga-kekalkan-kemerdekaan-negara-tangkis-ancaman-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:31 MYT
Kuala Lumpur, 19 Ogos 2022 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru meletakkan diri pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan kekal dengan moto iaitu sedia berkhidmat dalam apa jua situasi, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Beliau berkata jika dahulu pejuang negara berjaya menuntut kemerdekaan daripada penjajah, kini PDRM pula berada dalam era untuk mengekal kemerdekaan sebuah negara berdaulat agar ia tidak kembali dijajah dalam apa jua bentuk ancaman akan datang.
Menurutnya, keutuhan integriti dan disiplin diri yang tinggi adalah satu perkara utama dan tidak boleh dikompromi khususnya membabitkan isu keselamatan negara.
"Jelas sekali bahawa, integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita. Tanpa jati diri dan integriti yang kukuh, sudah semestinya dan pastinya kita akan berhadapan dengan kegagalan.
"Sesungguhnya kita berada dalam landasan perjuangan yang menuntut pengorbanan tanpa balasan. Kita hanya mengharapkan sokongan dan doa agar sentiasa berada di bawah lindungan Yang Maha Esa untuk terus berjuang demi memikul amanah dan tanggungjawab demi raja dan negara," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Perhimpunan Bulanan KPN di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA
Jangan lupa layari Media Sosial Rasmi PDRM dan klik ‘Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di:
May be an image of 1 person and text that says 'NASIONAL B BERNAMA Siap siaga, kekalkan kemerdekaan negara, tangkis ancaman -KPN ACRYLSAMI bernamadotcom fArtikel Pilihan Siap Siaga Kekalkan Kemerdekaan Negara Tangkis Ancaman Kpn
 
ArtikelDiterbitkan 19 Aug 2022 6.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM