Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Serbuan Polis Rampas Barang Hampir Rm1 Bilion Tahun Ini Pengarah Jabatan Kdnka

Diterbitkan: 01 Dec 2023 1.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyita pelbagai barang bernilai kira-kira RM920 juta sepanjang tahun ini Operasi (Op) Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-serbuan-polis-rampas-barang-hampir-rm1-bilion-tahun-ini-pengarah-jabatan-kdnka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT
Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menyita pelbagai barang bernilai kira-kira RM920 juta sepanjang tahun ini Operasi (Op) Kontraban, Op Tiris dan Op Bersepadu Khazanah.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM melakukan 7,033 serbuan dalam operasi itu dengan 5,099 tangkapan.

Pengarahnya, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, kejayaan itu hasil serbuan dan operasi dijalankan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Jabatan KDNKA, Pasukan Gerakan Am, Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan.

"KDNKA amat komited dalam membantu kementerian serta agensinya dengan melancarkan operasi berkualiti sehingga berjaya.

"Antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia," katanya.

Katanya, KDNKA sentiasa fokus dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barang tidak bercukai, penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi serta memelihara khazanah negara supaya dapat memastikan hasil negara sentiasa dilindungi dan terus terpelihara.

"Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya," katanya.

ArtikelDiterbitkan 01 Dec 2023 1.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM