Artikel
Artikel Pilihan Serangan Pengganas Di India Pdrm Tidak Terima Laporan Kpn
Kuala Lumpur, 13 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr. Zakir Naik, yang d...
Kuala Lumpur, 13 Disember 2020 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kes penceramah kontroversi Dr. Zakir Naik, yang dikatakan terlibat dalam rancangan serangan pengganas di India.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM amat mengalukan-alukan sebarang perkongsian maklumat berhubung perkara berkenaan.
“Setakat ini, PDRM belum menerima apa-apa laporan rasmi (Dr. Zakir Naik terlibat serangan pengganas di India) dan pihak saya sentiasa memantau sebarang perkembangan mengenai pengganas.
“Selama ini, PDRM sering mendapat kerjasama dengan agensi penguat kuasa undang-undang dari negara luar yang lain, dalam usaha menangani isu-isu keselamatan negara”, katanya kepada Bernama, hari ini.
Tan Sri Abdul Hamid berkata, rekod PDRM dalam usaha menangani apa jua bentuk ancaman pengganas adalah terbukti baik.
Sumber: Abdul Hamid Bador dan
BERNAMA
