Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Seramai 120 Individu Ditahan Tidak Punyai Lesen Jual Bunga Api

Diterbitkan: 16 Apr 2023 8.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seramai 120 individu telah ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180 bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-seramai-120-individu-ditahan-tidak-punyai-lesen-jual-bunga-api
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:55 MYT
Kuala Lumpur, 16 April 2023 - Seramai 120 individu telah ditahan di seluruh negara kerana melanggar syarat, tidak mempunyai lesen dan menjual bunga api yang tidak dibenarkan melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3,389,180 bagi tempoh 28 Mac hingga 9 April lalu.

Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Hjh. Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, kesemua kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

“Polis Diraja Malaysia sentiasa melakukan pemantauan dan pemeriksaan secara menyeluruh serta berterusan di seluruh negara termasuk terhadap penjualan bunga api dan mercun secara dalam talian melalui platform media sosial serta e-dagang.

“Orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dengan penjualan bunga api dan mercun secara haram kerana tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya.

Pada masa sama, Dato’ Hjh. Noorsiah berkata polis telah menerima sebanyak 6,526 permohonan bagi mendapatkan lesen menjual bunga api dan mercun di seluruh negara sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.

Sumber: BERNAMA

SERAMAI 120 INDIVIDU DITAHAN TIDAK PUNYAI LESEN JUAL BUNGA API


ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2023 8.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM