Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Senoi Praaq Bantu Jejak Pak Belang

Published: 15 Jan 2022 11.16 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat berkata, seramai 19 anggota akan mula melaporkan diri pada 19 Januari ini dan selebihnya akan menyusul dalam masa terdekat.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-senoi-praaq-bantu-jejak-pak-belang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:00 MYT
Tumpat, 15 Januari 2022 - Seramai 29 anggota Senoi Praaq dari Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak akan membantu penugasan mengesan dan mengawal harimau belang yang berkeliaran di sekitar Pos Bihai di Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat berkata, seramai 19 anggota akan mula melaporkan diri pada 19 Januari ini dan selebihnya akan menyusul dalam masa terdekat.

"Kami menerima permohonan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) bagi membantu untuk mengawal dan mengesan harimau di Gua Musang.

"Anggota sudah hadir taklimat bersama Ketua Polis Daerah Gua Musang dan agensi berkaitan untuk agihkan penugasan," katanya hari ini.

Dato' Shafien berkata, penugasan anggota Senoi Praaq yang lebih mahir dengan keadaan hutan itu juga membabitkan pergerakan masyarakat Orang Asli di perkampungan itu bagi mengelakkan menghampiri kawasan berisiko.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../senoi-praaq-bantu-jejak...
Sumber: Berita Harian

Senoi Praaq bantu jejak 'pak belang' | Berita Harian
ArticlePublished 15 Jan 2022 11.16 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM