
Artikel
Artikel Pilihan Senoi Praaq Bantu Cari Kamaliah Hilang Sejak Khamis Lalu
Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota unit pakar penjejak hutan itu masuk ke lokasi pencarian se...
Gerik, 19 Januari 2022 - Operasi mencari kanak-kanak Orang Asli, Kamaliah Anab yang hilang dalam hutan di Kampung Selaur berhampiran Kampung Padang Jeri dekat sini sejak Khamis lalu, disertai 12 pegawai dan anggota Unit Senoi Praaq.
Pegawai Pemerintah Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Azhar Hashim berkata, anggota unit pakar penjejak hutan itu masuk ke lokasi pencarian sejak Ahad lalu iaitu pada hari ketiga operasi mencari kanak-kanak tersebut.
Katanya, fokus pencarian dimulakan di kawasan hutan berdekatan khususnya di lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Penglibatan anggota Senoi Praaq yang lebih mahir di hutan ini bagi membantu agensi penyelamat lain termasuk polis dan bomba untuk menjejak kanak-kanak itu yang telah hilang hampir seminggu.
"Kita akan menggunakan kemahiran di hutan untuk mencari kanak-kanak itu seperti melihat kesan-kesan pada tanah atau pokok-pokok yang boleh memberi petunjuk keberadaan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bacaan lanjut di pautan berikut: https://www.utusan.com.my/.../senoi-praaq-bantu-cari.../