Article
Artikel Pilihan Segera Tambah Anggota Jsjk Tangani Jenayah Siber Yang Semakin Kompleks Kpn
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mahu cadangan menambah anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJ...
Kuala Lumpur, 19 Julai 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain mahu cadangan menambah anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) disegerakan susulan trend jenayah siber yang semakin canggih dan kompleks.
Menurutnya, beliau mahu Jabatan Pengurusan meneliti dan menyegerakan cadangan menambah keanggotaan JSJK.
"Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar Jabatan Pengurusan dapat mencapai sasaran pengambilan yang ditetapkan sebelum akhir tahun ini.
"Saya juga meletakkan sepenuh keyakinan kepada Jabatan Pengurusan atas usaha-usaha yang dilakukan bagi memastikan setiap modul latihan adalah relevan untuk keperluan tugas semasa, sekali gus melahirkan warga baharu Polis Diraja Malaysia yang kompeten dan berintegriti," katanya.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../segera-tambah-anggota-jsjk...
