Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Scam Alert Waspada Sindiket Penipuan Ejen I Sinar

Diterbitkan: 25 Dec 2020 8.21 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 25 Disember 2020 - Polis menyarankan agar masyarakat yang memohon untuk kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berwaspada terhadap sindiket penipuan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-scam-alert-waspada-sindiket-penipuan-ejen-i-sinar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:44 MYT
Kuala Lumpur, 25 Disember 2020 - Polis menyarankan agar masyarakat yang memohon untuk kemudahan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berwaspada terhadap sindiket penipuan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Zainuddin Yaacob berkata, sindiket itu mungkin menggunakan taktik kononnya dapat membantu untuk mendapatkan kelulusan permohonan berkenaan.

"Saya menggesa orang ramai jangan mempercayai individu yang mungkin akan bertindak sebagai ejen yang dapat membantu untuk mendapatkan kelulusan i-Sinar," katanya dalam wawancara khas di Ibu Pejabat JSJK di sini pada Khamis.

Dato' Zainuddin berkata, masyarakat tidak seharusnya bergantung kepada pihak ketiga untuk urusan permohonan tersebut. "Mereka perlu berurusan secara terus dengan pihak KWSP. Setakat ini belum ada lagi laporan berkaitan cubaan penipuan sebegitu," katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, pihak polis percaya pelbagai cara akan digunakan sindiket penipuan untuk memperdayakan mangsa.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut https://www.sinarharian.com.my/.../Waspada-sindiket...
Sumber:
ArtikelDiterbitkan 25 Dec 2020 8.21 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM