Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Roger Ng Beri Kerjasama Baik Kepada Polis Timbalan Kpn

Published: 08 Nov 2023 12.34 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Ipoh, 8 November 2023 - Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng memberi kerjasama baik kepada polis berhubung siasatan berkaitan pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-roger-ng-beri-kerjasama-baik-kepada-polis-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:59 MYT
Ipoh, 8 November 2023 - Bekas jurubank Kumpulan Goldman Sachs, Roger Ng memberi kerjasama baik kepada polis berhubung siasatan berkaitan pemulangan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di dalam dan luar negara, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Seri Panglima Ayob Khan Mydin Pitchay.

Beliau berkata siasatan terhadap Roger Ng merupakan satu proses berterusan dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi mengesan aset-aset lain yang mungkin ada di luar negara.

"Apa yang saya nak tekankan, kerjasama yang diberi Roger Ng memang baik kepada kita. Insya-Allah kita akan teruskan usaha mengesan aset-aset 1MDB kalau ada lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berkenaan perkembangan terkini mengenai siasatan terhadap Roger Ng dan aset 1MDB yang telah dikenal pasti pihak polis.
Sebelum ini, media melaporkan Roger Ng yang dijatuhi hukuman penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB, akan berdepan pertuduhan di negara ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php....

 
ArticlePublished 08 Nov 2023 12.34 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM