Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Yang Mulia

Published: 26 Aug 2020 9.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kita adalah bangsa yang kuat, dibina atas runtuhan kota Melaka yang hancur berderai kerana pengkhianatan. Kita adalah bangsa yang bermaruah, dibina atas kehendak orang orang miskin dan petani nelayan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-rakyat-malaysia-yang-mulia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 03:28 MYT

Kita adalah bangsa yang kuat, dibina atas runtuhan kota Melaka yang hancur berderai kerana pengkhianatan. Kita adalah bangsa yang bermaruah, dibina atas kehendak orang orang miskin dan petani nelayan.

Kita adalah bangsa yang berjiwa besar, rela berkongsi rumah kita dan membinanya bersama. Kita adalah bangsa Malaysia yang kuat, bermaruah dan berjiwa besar. Kita adalah, rakyat kepada negara yang mulia.

Tapi kita takut untuk menghadapi hari esok, yang penuh misteri dan penuh cabaran. Kita gentar untuk melawan dan meredah, kerana kita masih muda. Kita khuatir dengan apa yang mungkin berlaku pada masa depan kita, sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Namun semua itu, telah kita lalui selama 63 tahun bersama, sebagai sebuah bangsa yang kuat dan merdeka, bahagia dan bangga, kerana kita memegang erat tangan keluarga kita, tanpa mengira warna kulit mereka.

Tugas kita adalah membina bangsa, dengan kasih sayang dan cinta, sebagaimana ia pernah didirikan oleh ayahanda dan bonda kita, yang telah mendakap erat keluarga kita, tidak mengira perbezaan agama dan bangsa.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://malaysiagazette.com/…/…/rakyat-malaysia-yang-mulia/…

Sumber: Malaysia Gazette

Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Yang Mulia
ArticlePublished 26 Aug 2020 9.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM