Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Rompak Emas Rm1 17 Juta Di Thailand Diburu Pdrm Kerana Kes Bunuh Kpn

Diterbitkan: 16 Apr 2025 6.56 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.06 PM
Lelaki berusia 62 tahun dikenali sebagai Yee Boon Long, berasal dari Kulim, Kedah itu, dikesan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes bunuh dan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-rakyat-malaysia-rompak-emas-rm1-17-juta-di-thailand-diburu-pdrm-kerana-kes-bunuh-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:05 MYT

Kuala Lumpur, 14 April 2025 – Bukit Aman mengesahkan, lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand selepas merompak sebuah kedai emas di Hat Yai, mempunyai 10 rekod jenayah lampau serta dikehendaki atas dua kes jenayah berat di negara ini.

Lelaki berusia 62 tahun dikenali sebagai Yee Boon Long, berasal dari Kulim, Kedah itu, dikesan mempunyai dua rekod dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan kes bunuh dan Seksyen 3(1) Ordinan Darurat 1969.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain, yang mengesahkan kedudukan itu, berkata siasatan terhadap kes jenayah yang dilakukan lelaki terbabit di Malaysia sedang diperhalusi sebelum sebarang tindakan ekstradisi dilaksanakan.

"Buat masa ini, kita serahkan kepada pihak berkuasa Thailand untuk menjalankan siasatan ke atas suspek yang ditahan selepas menyamun sebuah kedai emas di Hat Yai.

"Suspek kini ditahan di lokap Hatyai dan siasatan menyeluruh sedang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu. PDRM sedang teliti rekod kes di Malaysia sebagai langkah awal ke arah proses ekstradisi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, 

https://www.bharian.com.my/.../rakyat-malaysia-rompak...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Rakyat Malaysia Rompak Emas Rm1 17 Juta Di Thailand Diburu Pdrm Kerana Kes Bunuh Kpn

ArtikelDiterbitkan 16 Apr 2025 6.56 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.06 PM