
Artikel
Artikel Pilihan Pru15 Pdrm Kenal Pasti Kurang Daripada 100 Kawasan Hotspot
Muar, 30 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kurang daripada 100 kawasan berstatus ‘hotspot’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Muar, 30 Oktober 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kurang daripada 100 kawasan berstatus ‘hotspot’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, penugasan pegawai dan anggota telah dibuat untuk ditempatkan di kesemua kawasan tersebut.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Tiger Platoon Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batalion 6 PGA di sini hari ini.
Katanya seorang anggota polis akan ditempatkan di setiap saluran mengundi yang melibatkan lebih 38,000 saluran, selain anggota dan pegawai untuk tugasan kawalan rondaan.
"Kesemua mereka akan bertugas bermula hari penamaan calon, masa berkempen bagi memastikan tiada unsur mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya.
Tan Sri Acryl Sani turut mengingatkan mereka yang terlibat dengan kempen pilihan raya supaya berhemah dan tertib, mengikut peraturan yang ditetapkan.
Sumber: BERNAMA