Artikel
Artikel Pilihan Pru 15 Tiga Pengundi Meninggal Dunia Ketika Tunggu Giliran Mengundi Kpn
Kuala Lumpur, 19 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihanraya...
Kuala Lumpur, 19 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiga pengundi meninggal dunia ketika menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) hari ini.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata dua kematian berlaku di Johor manakala satu di Kelantan.
“Tiga kejadian yang agak mendukacitakan yang mana pengundi ini ada masalah kesihatan dan meninggal dunia masa beratur untuk mengundi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini, hari ini.
Tan Sri Acryl Sani berkata semasa proses pengundian hari ini, terdapat satu insiden terpencil melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun, yang juga pesakit mental, bertindak di luar kawalan dengan merampas sebotol dakwat dan menolak jatuh peti undi di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor.
Sumber: BERNAMA
