Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Polis Kesan 432 Ceramah Tanpa Permit Semalam Dua Individu Ditahan

Published: 12 Nov 2022 8.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penganjuran 432 ceramah politik tanpa permit sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam berbanding 46 ceramah pada Khamis.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-polis-kesan-432-ceramah-tanpa-permit-semalam-dua-individu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:30 MYT
Kuala Lumpur, 12 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan penganjuran 432 ceramah politik tanpa permit sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) semalam berbanding 46 ceramah pada Khamis.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata Sabah menjadi negeri tertinggi merekodkan jumlah ceramah tanpa permit sebanyak 425, diikuti Selangor (tiga), Kelantan (dua) serta masing-masing satu di Perlis dan Pahang.

Beliau berkata polis mengeluarkan 1,037 permit mengadakan ceramah sepanjang kempen PRU15 semalam iaitu sebanyak 137 di Kedah, Negeri Sembilan (172), Perak (155), Selangor (147), Pahang (131), Kelantan (98), Melaka (54), Sarawak (44), Pulau Pinang (22), Perlis (21) dan Kuala Lumpur (20).

“Kita turut membuka 14 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan antaranya menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik serta calon semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://pru15.bernama.com/news-bm.php?id=2137852

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 12 Nov 2022 8.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM