Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Polis Buka 31 Kertas Siasatan Tahan Empat Individu

Published: 14 Nov 2022 11.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 14 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 31 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-polis-buka-31-kertas-siasatan-tahan-empat-individu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:53 MYT
Kuala Lumpur, 14 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 31 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali berkata ia melibatkan tujuh kertas siasatan di Perak, lima di Kedah, Negeri Sembilan (empat), Johor (empat), Selangor (tiga), Pahang (dua), Kelantan (dua), Sabah (dua) dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Sarawak.

Beliau berkata antara kesalahan yang disiasat adalah berkaitan perbuatan menghasut, ugutan jenayah, merosakkan bendera dan papan tanda milik parti politik, calon disiasat mengikut Seksyen 427, 436, 505(b) Kanun Keseksaan, dan beberapa kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Katanya empat individu ditahan, termasuk dua di Johor, yang melibatkan seorang lelaki disyaki membakar khemah di bilik gerakan sebuah parti politik Taman Mutiara di Batu Pahat, dan seorang lagi lelaki di Kluang kerana merosakkan bahan kempen.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata dua lagi yang ditahan, masing-masing di Ipoh, Perak serta Kuching, Sarawak sedang disiasat berkaitan perbuatan merosakkan poster dan bendera calon parti.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=2138386

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 14 Nov 2022 11.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM