Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Pihak Terlibat Secara Langsung Dalam Pru 15 Perlu Bertanggungjawab Dengan Tindakan Penyokong

Published: 08 Nov 2022 12.53 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 November 2022 - Pihak yang terlibat secara langsung dalam proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu memikul tanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing agar tidak berlaku insiden seperti di Tenom, Sabah pada hari penamaan calon Sabtu lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-pihak-terlibat-secara-langsung-dalam-pru-15-perlu-bertanggungjawab-dengan-tindakan-penyokong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:34 MYT
Kuala Lumpur, 8 November 2022 - Pihak yang terlibat secara langsung dalam proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) perlu memikul tanggungjawab dalam mengendali dan menguruskan sentimen penyokong masing-masing agar tidak berlaku insiden seperti di Tenom, Sabah pada hari penamaan calon Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihak seperti calon dan pengurus kempen perlu peka terhadap perkara itu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau berkata kejadian sedemikian merupakan contoh situasi penyokong tidak terkawal boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan merupakan ancaman keselamatan.

"PDRM (Polis Diraja Malaysia) tidak akan berkompromi dalam menangani ancaman yang akan menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Demi kepentingan orang ramai, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati sengaja melanggar undang-undang,” katanya kepada Bernama.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 08 Nov 2022 12.53 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM