Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Sahkan Berlaku Insiden Kecoh Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom Kpn

Published: 05 Nov 2022 8.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 5 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-pdrm-sahkan-berlaku-insiden-kecoh-di-pusat-penamaan-calon-di-tenom-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:33 MYT
Kuala Lumpur, 5 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis (PJP) Sabah, CP Dato’ Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom, Parlimen Tenom.

Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Datuk Peter Anthony dari parti itu, ditolak Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) yang bertugas.

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Sahkan Berlaku Insiden Kecoh Di Pusat Penamaan Calon Di Tenom Kpn
ArticlePublished 05 Nov 2022 8.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM