Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pru 15 Pdrm Keluarkan Lebih 3 000 Permit Berkempen Di Seluruh Negara

Diterbitkan: 09 Nov 2022 12.08 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 9 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 3,457 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-pdrm-keluarkan-lebih-3-000-permit-berkempen-di-seluruh-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:06 MYT
Kuala Lumpur, 9 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan sebanyak 3,457 permit bagi mengadakan ceramah sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) setakat semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, daripada jumlah itu, 623 permit dikeluarkan di Sabah, Johor (482), Perak (413), Sarawak (372), Selangor (320), Kedah (257), Pahang (230), Negeri Sembilan (203), Melaka (162), Pulau Pinang (122), Kelantan (107), Terengganu (77), Perlis (45) dan Kuala Lumpur (44).

Beliau berkata pada masa sama, PDRM mengesan 177 ceramah yang tidak memiliki permit iaitu 39 di Negeri Sembilan, Perak (38), Selangor (25), Kedah (21), Kuala Lumpur (18), Johor (17), Pahang (sembilan), Terengganu (enam), Sarawak (tiga) dan Kelantan (satu).

Mengenai kesalahan berkaitan PRU-15, CP Dato' Sri Hazani berkata di Johor kes pertama melibatkan seorang lelaki ditahan kerana disyaki membakar dan membaling mercun terlarang jenis 'Cake Repeater 138 Shot' di bahagian belakang pentas tapak kawasan ceramah Parti Pakatan Harapan (PH) di Jalan Bistari 4/1, Taman Yayasan, Segamat.

"Suspek ditahan kerana mercun dibakarnya boleh membahayakan orang ramai yang hadir mendengar ceramah PH berkenaan dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://pru15.bernama.com/news-bm.php?id=2136843

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 09 Nov 2022 12.08 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM