
Artikel
Artikel Pilihan Pru 15 Main Mercun Jatuhkan Peti Undi Antara Kes Disiasat Polis
Kuala Lumpur, 20 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 219 kertas siasatan di seluruh negara atas pelbagai kesalahan pada hari pengundian Piliha...
Kuala Lumpur, 20 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 219 kertas siasatan di seluruh negara atas pelbagai kesalahan pada hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM merangkap Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, ia membabitkan 56 kertas siasatan di Selangor, Pulau Pinang (28), Perak (25), Johor (23), Kedah (16), Melaka (13), Kelantan (13), Pahang (11), Sarawak (
, Terengganu (7), Perlis (6) dan Kuala Lumpur (1).
"Kertas-kertas siasatan itu dibuka mengikut Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954 dan Akta Bahan Letupan 1957.
"Selain itu, kami turut menahan lima lelaki membabitkan kes yang dilaporkan di Negeri Sembilan dan Selangor semalam," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dato' Sri Hazani berkata, daripada lima individu yang ditahan, seorang lelaki membuat kekecohan dengan menjatuhkan peti undi di Sekolah Kebangsaan Hulu Yam, Selangor, semalam.
"Tiga lagi individu bermain mercun di luar pagar Dewan Orang Ramai Kelab Tuanku di Mambau, Seremban dan hadapan Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Satu lagi tangkapan membabitkan seorang lelaki yang menghalang penjawat awam melakukan tugas serta kesalahan berada di tempat pengiraan undi berhampiran Dewan Majlis Bandaraya Seremban," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../pru15-main-mercun-jatuhkan...
Sumber: Berita Harian Online